Playstation Suite Kini Playstation Mobile, HTC Secara Rasmi Rakan PlayStation Mobile.

HTC di umumkan secara rasmi sebagai rakan bertauliah program perlesenan Playstation yang diumumkan di E3 di Tokyo, Jepun. Dengan kerjasama itu dikatakan HTC selepas ini akan dapat menawarkan pengalaman Playstation kepada pengguna-pengguna telefon HTC dengan menyediakan kebolehan muat turun permainan-permainan playsation secara terus ke telefon mereka.

Pada majlis itu juga Playsation Suite di jenamakan semula sebagai ‘Playstation Mobile’. Kita harapkan dengan kerjasama ini HTC akan mengumumkan telefon terbaru mereka yang akan menyokong permainan video Playstation pada telefon mereka, ataupun mungkin terdapat aplikasi khas untuk pengguna telefon HTC yang membolehkan peranti mereka itu berbuat demikian. Menurut kenyataan media SONY lagi, telefon pertama yang akan menerima hasil kerjasama itu adalah model HTC One.

Berikut merupakan sedutan kenyataan pihak SONY di artikel PRNewswire , kenyataan penuh sila klik pautan di bawah sekali :

PLAYSTATION® SUITE dijenamakan semula “PLAYSTATION ® MOBILE”

Memberikan Pengalaman PlayStation® Kepada Peranti Mudah Alih

TOKYO, 4 Jun, 2012 / PRNewswire-AsiaNet / – Sony Computer Entertainment Inc (SCE) hari ini mengumumkan HTC Corporation (HTC) iaitu sebuah syarikat pereka telefon pintar pertama di dunia yang melancarkan peranti Android, akan menyertai Program Lesen Bertauliah PlayStation™ dengan mereka. SCE berkata kerjasama ini adalah untuk menyampaikan pengalaman PlayStation® kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.

“HTC tertumpu kepada menyampaikan pengalaman mudah alih yang inovatif kepada orang ramai di mana-mana sahaja di dunia manakala SCE akan membawakan hiburan permainan video yang hebat kepada pelanggan HTC One seluruh dunia,” kata Kouji Kodera, Ketua Pegawai Produk , HTC Corporation.

Tambahan pula dikatakan pemaju pihak ketiga dan penerbit serta pelbagai pembangun kandungan yang telah bersetuju untuk membangunkan kandungan untuk PlayStation ® Suite, maka SCE Worldwide Studios menjanjikan akan membangunkan permainan menarik. SCE mensasarkan untuk meluaskan dunia PlayStation merentasi peranti mudah alih dengan memajukan pembangunan kandungan dan pengembangan peranti bertauliah PlayStation ini. Bersempena dengan perkembangan ini, SCE akan menamakan semula PlayStation Suite kepada PlayStation® Mobile dan meletakkannya sebagai platform yang baru.SCE akan mempercepatkan lagi pengembangan peranti PlayStation dan terus bekerjasama dengan pemaju kandungan untuk memacu penyampaian pengalaman hiburan yang menarik melalui PlayStation Mobile.

Sumber : PRNewswire

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Trackbacks for this post

  1. Sony Playstation Mobile Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Android. - Malay Android

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!