Samsung Tunjukkan Semua Ciri SGS 3 Dalam Satu Video.

Anda masih tertanya-tanya lagi apakah ciri-ciri pada Android terbaru Samsung yang heboh diperkatakan ketika ini iaitu Samsung Galaxy S 3?. Samsung telah mengeluarkan sebuah video yang menonjolkan ciri-ciri hebat telefon itu di dalamnya. Video selama 3 minit 37 saat itu memaparkan segala informasi mengenai telefon itu serta ciri-ciri telefon itu seperti ‘live thumbnail video play’ seperti yang kami tunjukkan pada ulasan tentang telefon ini pada video ulasan kami. Selain daripada itu juga dipaparkan teknologi ‘zero shutter lag’ dari kamera mereka yang boleh mengambil gambar tanpa masa menunggu dan juga ‘Burst shot’ iaitu kebolehan untuk mengambil 8 atau 20 gambar berturut-turut. Anda boleh saksikan video itu di bawah ini ataupun ke laman YouTube SamsungMobile . Untuk ulasan tentang telefon ini dari kami sila ke link di bawah.

Ulasan : Samsung Galaxy S 3

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

2 Comments on "Samsung Tunjukkan Semua Ciri SGS 3 Dalam Satu Video."

  1. Mohd Ilham says:

    Teknologi dah power tapi cam design kurang sikitlah

    • Jaslehaidy says:

      Dah tengok rekabentuk in live?… boleh ubah persepsi kot kalo tengok live. Tapi rupa ni satu yang subjektif, ade org suka yg mcm ni,ada org xsuka pulak.. :)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!