Seperti yang diketahui, Samsung Galaxy S 3 telah dilancarkan untuk pasaran seluruh dunia dengan nombor model GT- I9300 yang dimana ianya dikeluarkan dengan kuasa pemprosesan 1.4GHz empat teras dan RAM 1GB. Manakala versi LTE ( 4G ) untuk pasaran Amerika Syarikat dan beberapa negara lain diumumkan mempunyai RAM 2GB. Namun bagi versi ini ianya mempunyai kekurangan kerana hanya menggunakan pemproses dua teras iaitu pemproses dari Qualcomm Snapdragon S4 yang mempunyai ciri sokongan LTE termuat dalam. Alangkah bagusnya jika model telefon ini mendapatkan kedua-dua spesifikasi hebat itu iaitu pemproses empat teras tersebut dan RAM 2GB sekaligus. Ini betul-betul menjadi kenyataan apabila Samsung akan mengeluarkan versi pemproses empat teras dan dengan 2GB RAM tersebut. Namun apa yang kurang mengembirakan ialah ianya adalah untuk pengguna Korea sahaja. Versi itu dikatakan akan ditawarkan oleh syarikat pembekal rangkaian telekomunikasi SK Telecom pada bulan Julai nanti.
Sumber : PhoneArena










