SGS 3 Versi Kanada Dengan 2GB RAM?

Samsung Galaxy S 3 ( SGS 3 ) baru sahaja memasuki pasaran Malaysia beberapa hari yang lepas. Namun adakah anda tahu ada khabar angin yang mengatakan telefon itu yang akan dijual di Kanada dengan kapasiti RAM 2GB?. Mesti anda cemburu bukan? lagi-lagi pemilik telefon ini yang baru mendapatkannya di Malaysia. Itulah yang dilaporkan oleh sebuah laman sesawang Kanada iaitu Canada News Wire.

Selain dengan kapasiti RAM yang lebih besar, menurut laman itu lagi versi mereka juga akan menggunakan pemproses dua teras Snapdragon S4 1.5GHz ( Versi global, pemproses empat teras Exynos  1.4GHz ) selain mempunyai dua versi iaitu LTE dan HSPA. Versi memori dalaman pula hanya versi 16GB dan 32GB ditawarkan. Samsung Galaxy S 3 akan memasuki pasaran Kanada pada 20 Jun ini.

Apa pendapat anda?, jika anda diberi pilihan adakah anda akan memilih versi Kanada yang mempunyai kapasiti RAM 2GB tetapi dengan pemproses dua teras dan memori dalaman yang kecil 16GB/32GB atau teruskan memilih versi global/Malaysia?. Nyatakan pendapat anda diruangan komen di bawah.

Spesifikasi Samsung Galaxy S 3 versi Kanada :

  • Pemproses:
    • Snapdragon S4 (Dua Teras) 1.5 GHz
    • Qualcomm MSM8960 Chipset
  • OS : ICS 4.0.4
  • Data: LTE (SGH-i747) and HSPA+ 42 (SGH-iT999)
  • Memori ( RAM ): 2 GB RAM
  • Dimensi: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
  • Berat: 133g
  • Memori Dalaman: 16/32GB (SGH-i747)/ 16GB (SGH-iT999)
    • Dipertingkatkan microSD sehingga 32GB
  • Paparan: 4.8 HD Super AMOLED 1280×720 (306ppi)
  • Sambungan: NFC, Bluetooth 4.0, DLNA, WiFi 802.11 a/b/g/n, MHL Video Out
  • Kamera: 8MP Belakang, 1.9MP Hadapan
  • Bateri: 2100 mAh
  • Ciri-ciri lain:
    • TouchWiz with Motion UX
    • S Beam
    • AllShare Play
    • MP3/ACC+/WAV audio player
    • DivX/Xvid/MP4/WMV/H.263/ H.264 Video Player

 

Sumber : Canada News Wire

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!