SONY Perkenal Xperia P & Xperia U Di Pasaran Malaysia.

SONY Malaysia mengumumkan kehadiran model terbaru Xperia dalam keluarga siri NXT mereka iaitu Xperia P dan Xperia U melalui emel berita mereka. Xperia P digambarkan SONY sebagai telefon dengan skrin paparan 4 inci yang terang tetapi dengan penggunaan kuasa yang menjimatkan hasil daripada teknologi WhiteMagic™ daripada mereka. Dengan rekabentuk yang tersendiri, reka bentuk minimalis dengan aluminium unibody sepenuhnya, memberi rupa yang moden dan tahan lama. Selain itu ianya dikuasakan dengan pemproses dua teras 1GHz, kamera yang dapat mengambil gambar dengan masa yang pantas dengan resolusi sehingga 8 megapiksel dan teknologi xLoud™ dan bunyi 3D yang menjanjikan bunyi yang jelas dan kuat.

Xperia U pula dikatakan menjanjikan hiburan berkuasa dengan saiz yang kompak. Disamping itu penutup bahagian bawahnya boleh ditukar warnanya mengikut kehendak anda dan dengan bahagian yang boleh beriluminasi dengan kesan pencahayaan yang berubah mengikut padanan gambar yang anda sedang lihat atau jenis muzik yang anda dengar. Model ini juga dikuasakan oleh pemproses dua teras 1GHz. Skrinnya 3.5 incinya menggunakan teknologi enjin Mobile BRAVIA selain menggunakan teknologi xLoud™ dan bunyi 3D pada keluaran bunyi.

Tiada harga rasmi diumumkan setakat ini dan untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini sila ke laman sesawang SONY Mobile.

Kiri : Xperia P , Kanan : Xperia U

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!