Spesifikasi Tablet Nexus 7 Terdedah?.

Gizmodo Australia hari ini mendedahkan apa yang menurut mereka merupakan spesifikasi tablet Nexus 7. Menurut mereka lagi, mereka mendapat kebocoran spesifikasi tersebut daripada ‘dokumen latihan’ yang didedahkan kepada mereka. Kesahihan berita ini masih diragui kerana tiada bukti dari laman tersebut contohnya gambar dokumen atau sebagainya. Yang ditunjukkan hanyalah gambar yang dikatakan tablet berkenaan. Walaubagaimanapun dikatakan tablet ini akan didedahkan oleh Google sendiri pada Google IO yang akan diadakan pada hari Rabu (27 Jun 2012) ini di San Francisco, Amerika Syarikat. Berikut merupakan sedikit ciri-ciri atau spesifikasi yang dikatakan didedahkan di dalam dokumen tersebut. Untuk kesahihannya kita tunggu pengumuman pada Google IO nanti.

  • Pemproses 1.3Ghz empat teras (Tegra 3)
  • Skrin 7 Inci ( IPS ) 1280×800
  • GeForce 12- GPU
  • 1GB RAM
  • Dua variasi memori iaitu 8GB & 16GB
  • 1.2 Megapiksel kamera depan
  • Android Beam NFC
  • Berharga lingkungan USD199 bagi 8GB dan USD249 untuk 16GB
  • Menggunakan Android versi Jelly Bean, iaitu versi terbaru Android

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!