ASUS PadFone Kini Di Malaysia. Hanya RM2399.

Peranti Android 3 dalam 1, ASUS PadFone yang pernah diumumkan sebelum ini akhirnya telah tiba di Malaysia. Ianya diumumkan oleh ASUS melalui laman Facebook ASUS Malaysia semalam dengan harga RM2399 bagi set PadFone dan PadFone station . Peranti Android hebat ini boleh menjadi telefon, tablet ataupun komputer bimbit mengikut keperluan anda.

Anda juga boleh mendapatkan stylus headset bagi peranti ini dengan harga RM179. Manakala harga bagi Dock Station masih belum diumumkan lagi buat ketika ini. Ianya boleh didapati di pasaran bermula  3 Julai 2012. Berikut disertakan spesifikasi peranti ini.

Spesifikasi :

Paparan : 4.3“ Super AMOLED, qHD (960 X 540), Corning® Gorilla® Glass
CPU : Qualcomm 8260A Snapdragon S4 Dual-core 1.5Ghz /Adreno 225 GPU
OS : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
RAM : 1GB LPDDR2
Memori : 16GB eMMC Flash, Percuma 32GB ASUS WebStorage selama 3 tahun
Sokongan memori tambahan: Micro-SD (Menyokong SDHC/SDXC sehingga 32GB)
Sambungan : 802.11b+g+n, Bluetooth 4.03.5mm audio jack, Micro-USB 2.0
GPS : GPS dan A-GPS
Kamera : VGA (Depan), 8 Megapiksel (Belakang) BSI sensor, F2.2 Aperture, 5-element lens, Auto Focus dan lampu denyar LED
Bateri : 1520mAh Lithium-ion
Masa Cakap : WCDMA: sehingga 480 min GSM: sehingga 940 min
Masa Sedia : WCDMA: sehingga 370 jam GSM: Sehingga 360 jam
Dimensi : 128 x 65.4 x 9.2mm
Berat : 129g
Waranti : 2 tahun (PadFone)
1 tahun (PadFone Station)


Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

3 Comments on "ASUS PadFone Kini Di Malaysia. Hanya RM2399."

  1. idd says:

    nampak menarik…

Trackbacks for this post

  1. ASUS Transformer Pad Infinity Kini Di Malaysia. - Malay Android
  2. ASUS PadFone Jelly Bean Disember Ini. - Malay Android

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!