ASUS yang baru-baru ini mengumumkan kedatangan model baru peranti Android 3 dalam 1 mereka iaitu PadFone ke Malaysia, kini membawakan satu lagi model tablet+netbook Android apabila mengumumkan kehadiran ASUS Transformer Pad Infinity (TF700T) di pasaran Malaysia melalui laman Facebook mereka. Anda boleh dapatkan produk ini di pengedar sah ASUS mulai sekarang. Model ini merupakan model yang dipertingkatkan daripada model ASUS Transformer Prime sebelum ini.
Model ini diumumkan di WMC 2012 yang lepas sekitar Februari menawarkan peningkatan spesifikasi dari model ASUS Transformer Prime antaranya ianya menggunakan pemproses empat teras 1.6GHz Tegra 3 dengan 12 Teras GPU sama seperti Galaxy Nexus 7 dan mempunyai skrin Full HD (1920×1080) Super IPS panel 10.1 inci. Ianya dilengkapkan dengan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), kamera belakang 8 Megapiksel,kamera depan 2 Megapiksel dan ketahanan bateri sehingga 14 jam jika digunakan dengan dock station. Skrinnya juga diperkuatkan dengan skrin Corning® Gorilla® Glass 2.
Buat masa ini ASUS mengumumkan hanya model WiFi yang terdapat untuk pasaran Malaysia. Netbook+tablet ini ditawarkan dengan harga RM2599 untuk 64GB dan RM2199 untuk 32GB. Walaubagaimanapun model 32GB hanya akan didapati untuk pasaran Malaysia pada awal Ogos nanti. Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi lengkap produk ini sila ke laman sesawang ASUS disini.
[easingslider]










