
Permainan ini pernah diumumkan oleh Nvidia sewaktu acara E3 yang lalu sebagai antara permainan video untuk Android yang menggunakan sepenuhnya GPU Tegra 3. Permainan dengan grafik yang menarik daripada Madfinger itu mengisahkan pertarungan anda dengan sekumpulan zombie yang sebelumnya adalah manusia yang diserang dengan virus aneh yang menyebabkan manusia bertukar kepada keadaan itu.
Permainan ini memberikan bonus kepada pemilik peranti Android dengan GPU Tegra 3 kerana mereka akan menerima efek-efek yang tidak terdapat pada peranti dengan GPU lain. Antara efeknya ialah efek simulasi air dan efek Ragdoll.
Anda boleh mendapatkan permainan video ini dengan harga jualan hebat hanya USD 0.99. Ketika ini juga Madfinger sedang menjalankan jualan potongan harga permainan video mereka yang lain juga dengan harga USD 0.99. Antara permainan yang anda perlu lihat ialah Samurai II: Vengeance dan SHADOWGUN. Pautan untuk muat turun di Google Play disediakan di bawah.










