Google Maps – Mod Luar Talian Selatan Malaysia Kini Di Sokong.

Google mengumumkan mereka telah mengemaskini Google Maps mereka dimana kini anda boleh mendapatkan peta yang lebih teliti di tempat-tempat di  Croatia, Czech Republic, Greece, Ireland, Itali, Lesotho, Macau, Portugal, San Marino, Singapura dan Vatican City. Mereka juga mengumumkan tempat-tempat berkenaan dan tambahan di Egypt, Poland dan Ukraine sekarang boleh didapati peta secara mod luar talian (offline map).

Walaupun Malaysia belum tersenarai untuk boleh menggunakan peta secara mod luar talian, kami dapati anda sudah boleh memuat turun mod berkenaan bagi sebahagian besar selatan Malaysia seperti di Johor, Melaka, sebahagian Negeri Sembilan dan Pahang.

Untuk mereka yang belum mengetahui, mod luar talian ini bagi memudahkan anda menggunakan aplikasi Google Maps ini tanpa menggunakan data dengan cara anda memuat turun dahulu peta yang anda mahu melalui sambungan WiFi dan gunakannya kemudian. Ianya sangat membantu jika anda menggunakan tablet yang hanya mempunyai sambungan WiFi ataupun anda tidak mempunyai perkhidmatan data untuk peranti Android anda tetapi anda ingin gunakan aplikasi ini sebagai penunjuk atau panduan pelancongan anda.

Sumber : Google Lat-Long

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!