HTC Desire HD Sah Tidak Mendapat Kemaskini ICS.

Sebelum ini kedengaran desas desus menyatakan HTC Desire HD iaitu antara model yang terkenal dalam keluarga HTC satu masa dahulu dikeluarkan dari senarai penerima kemaskini ICS yang sebelum ini ianya disenaraikan di dalam beberapa model HTC yang lain sebagai penerimanya. Ianya bermula apabila syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat iaitu TELUS mengumumkan berita itu dimana mereka menyatakan tiada kemaskini untuk versi Desire HD dari TELUS yang seterusnya ianya turut dikemaskini di blog HTC tidak lama kemudian bagi versi antarabangsa pula.

Pada awalnya melalui blog HTC, mereka memberikan alasan model berkenaan tidak mendapat kemaskini berkenaan berikutan hasil ujian yang dijalankan mendapati versi sekarang adalah yang paling sesuai dengan telefon berkenaan dan versi baru akan mendatangkan masalah dari segi pengalaman pengguna. Berita itu memberikan rasa ketidakpuashatian kepada pemilik telefon itu yang rata-rata merasakannya tidak adil kerana model baru telefon HTC yang mempunyai spesifikasi yang lebih rendah dari HTC Desire HD dapat dikemaskini.

Pada 2 hari lepas, HTC telah mengemaskini blog mereka dan memberikan lebih penerangan mengenai kemaskini model berkenaan. Menurut mereka, versi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) memerlukan ruangan simpanan yang agak besar pada telefon berkenaan, menjadikan alasan bagaimana struktur pembahagian data pada HTC Desire HD, jika mereka ingin memasukkan versi tersebut mereka terpaksa melakukan penindihan dan mengformat telefon berkenaan yang menyebabkan pemadaman data pengguna. Menurut HTC lagi, bagi pengguna advance, perkara itu mungkin dapat diterima tetapi majoriti pengguna mungkin tidak akan menerimanya. Mereka juga menjelaskan, walaupun versi itu dapat dimasukkan, akan terdapat batasan teknikal yang akan mempengaruhi pengalaman pengguna.

Apakah pendapat anda pemilik telefon model ini?. Pada pendapat kami, jika anda masih menggunakan telefon ini dan masih belum cuba untuk ‘ROOT’ lagi, anda patut mula belajar dari sekarang dan anda sebenarnya mempunyai peluang lagi untuk menggunakan versi Android 4.0 ICS ini dengan cara menggunakan Custom ROM. 

Sumber : HTC Blog

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!