Jika anda menggunakan telefon Android HTC model ini, anda boleh memeriksa kemaskini ICS untuk telefon anda bermula sekarang. HTC Evo 3D pula dikatakan menerima kemaskini ICS bermula minggu lepas. HTC seterusnya mengotakan janjinya melepaskan kemaskini kepada model HTC Incredible S pula bagi melengkapkan senarai model-model mereka yang diumumkan sebagai penerima kemaskini itu sebelum ini.
Kemaskini ini dilepaskan melalui OTA ( On The Air) dan bersaiz 250MB dan telefon anda akan memberikan notifikasi jika terdapat kemaskini. Namun anda boleh memeriksa secara manual dengan cara pergi ke Setting >About phone > Software updates > Check now . Jika anda tidak melanggan perkhidmatan data, anda boleh menggunakan WiFi bagi melakukan proses kemaskini ini.
Jika anda pengguna model berkenaan di Malaysia dan telah menerima kemaskini berkenaan ataupun mempunyai soalan sila kemukakan diruangan komen di bawah.
Sumber : The Unwired











HTC lagi cepat membuat kemaskini android berbanding Samsung.
Alhamdulillah…..dah update pada 5 Julai 2012….TQ
Model IS ke Evo 3D?
EVO 3D
ble agakny htc incredible s akan dpt kemaskini ICS.try check tp still xde update lg.huhu….
bersabar..update xdatang secara serentak walaupun dalam model yang sama..
xbleh sabar nei.nk tau gak mcm mane ble dh update ics kn.performanceny mcm mane.adakah lbih kurg htc one x gak?huhu….
b’mkne amik masa seminggu gak la ye nk update.sbb evo 3d dh nk dkt 2minggu kn kluar update.
HTC incre. S blm dpt lagi aku ni….ota yilekkk
tau xpe.still xdpt2 update nei.huhu… ada sesape yg pkai incredible s yg dh dpt update ke?
alhamdulillah.dh kluar pn update utk incredible s.android 4.0.4 with sense 3.6.system update code 4.10.707.1.