Iklan Tablet Nexus 7.


Anda dah saksikan iklan tablet terbaru dari Google iaitu nexus 7?. Google telah mengeluarkan iklan berkenaan dua hari yang lepas. Iklan yang memaparkan perkhemahan ayah dan anak lelakinya itu menghabiskan masa melakukan aktiviti perkhemahan disamping ditemani dengan peranti berkenaan.

Peranti itu digambarkan sebagai boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari menonton video, bermain sehingga sebagai penunjuk arah dan kompas. Dari video iklan ini anda akan dapati dan tertanya-tanya adakah tablet ini tidak kehabisan bateri ataupun begitu lama ianya tidak di cas?. Tetapi sila ketepikan anggapan atau pertanyaan itu kerana sebenarnya perkhemahan mereka hanya dilakukan di belakang rumah sahaja :)

Google Nexus 7 setakat ini belum memasuki pasaran Malaysia. Namun baru-baru ini kedengaran Google terpaksa memberhentikan jualannya kerana kekurangan stok. Namun diharapkan masalah itu dapat diatasi dan seterusnya semoga peranti ini boleh didapati di Malaysia sedikit masa lagi. Bagaimana pandangan anda pengguna Malaysia mengenai tablet ini?. Ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya?.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

3 Comments on "Iklan Tablet Nexus 7."

  1. iAwani says:

    owh, tidak sabar rasanya menanti Nexus 7 sampai ke Malaysia!

  2. awandroid says:

    ada orang tempah dari US dgn harga900++
    harap harga kat malaysia xsampi tahap 2…huhu

  3. lewisdotmy says:

    21 September ini Google nexus 7 dilancarkan di Malaysia :)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!