Samsung dikatakan dilaporkan akan mengeluar kemaskini kepada telefon Android high end terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S 3 dalam masa terdekat. Menurut Sam Mobile, kemaskini berkenaan kemungkinan besar akan dilepaskan pada Ogos atau september ini.
Menurut mereka lagi, bagi Samsung Galaxy S 2 dikatakan ujian pertama untuk versi itu telah berjaya tanpa apa-apa masalah lagi. Namun dikatakan samada ianya turut akan mendapat kemaskini itu belum dapat dipastikan. Jika Samsung Galaxy S 2 akan dikemaskini ke Jelly Bean ,kemungkinan besar model lain seperti Samsung Galaxy Note akan turut mendapat kemaskini berkenaan.
Sumber : SamMobile










