Selepas baru mengeluarkan kemaskini ICS, Android 4.0 kepada Samsung Galaxy Note baru-baru ini, Samsung telah mengeluarkan kemaskini 4.0.4 pula pada pemilik telefon berkenaan. Apa yang menarik pada kemaskini ini ialah pemilik telefon berkenaan akan mendapat salah satu ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy S3 iaitu ciri ‘pop up play’ , ciri dimana anda boleh memainkan video secara mini di atas skrin anda, diatas apa-apa aplikasi yang sedang anda buka di bawahnya
Ciri ini disahkan diterima pada telefon berkenaan setelah beberapa ahli komuniti group MalayAndroid turut telah menerimanya pada telefon mereka bermula beberapa hari lepas.
Anda boleh memulakan muat turun kemaskini ini pada Samsung Galaxy Note anda dengan memeriksanya secara manual melalui KIES ataupun dengan cara ke menu Setting – About Phone – Check Software Update pada telefon anda. untuk melihat prebiu ciri berkenaan sila klik pautan video YouTube di bawah.
Prebiu ‘Pop Up Play’ Samsung Galaxy S3










