Laman Facebook Motorola SEA mengumumkan secara rasmi kemaskini ICS bagi model telefon RAZR MAXX dan RAZR kini dalam perjalanan ke model-model itu di ASIA termasuk Malaysia bermula sekarang. Sebelum ini berlaku kebocoran dari PR syarikat telekomunikasi Verizon yang mengumumkan kemaskini berkenaan yang pasti akan diterima oleh model berkenaan. Facebook Motorola SEA juga telah mengumumkan dan mengesahkan perkara itu pada Jumaat yang lepas pada laman Facebooknya dan menyatakan kemaskini akan bermula pada 13 Julai. Namun nampaknya ianya tiba awal sedikit dari yang diumumkan.
Anda boleh memeriksa kemaskini berkenaan pada telefon anda mulai sekarang. Perlu diingatkan, setiap model walaupun sama tidak semestinya ianya akan menerima kemaskini ini secara serentak. Jadi sila periksa dari masa ke semasa jika telefon anda masih tidak lagi menerima kemaskininya. Setelah anda kemaskini ke versi ini, anda tidak dapat kembali ke versi sebelumnya melainkan dengan Custom ROM.
Untuk mendapatkan informasi apa yang bakal anda dapat melalui kemaskini ini, sila ke laman sesawang Motorola Mobiliti.












Do not update. The ics will drain your battery faster