Kes SGS 3 Terbakar, Akibat Faktor Luaran.

image

Anda masih ingat lagi kes Samsung Galaxy S 3 yang terbakar yang pernah dilaporkan sebelum ini?. Samsung mengumumkan akan menjalankan siasatan. Namun ianya dapat diselesaikan apabila pemilik berkenaan memberikan kenyataan yang menjelaskan ianya akibat pengaruh luaran bukannya masalah telefon berkenaan.

Menurut pemilik telefon berkenaan, dia mengaku kemalangan pada telefon berkenaan adalah diakibatkan oleh kerana seseorang telah menyebabkan ianya terkena air sebelum itu. Mungkin cubaan untuk mengeringkannya gagal ataupun ianya tidak sepenuhnya kering mengakibatkannya terbakar secara tiba-tiba.

Jadi masalah ini dapat diselesaikan dan kepada pemilik SGS 3 ataupun mereka yang baru bercadang untuk memilikinya anda tidak perlu berasa takut lagi berkenaan isu ini.

Sumber : Boards.ie

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!