Masalah Terbaru SGS 3, Rekahan Halus?.

Masalah terbaru ini dilaporkan oleh sebuah laman blog Netherlands. Dikatakan terdapat ahli mereka melaporkan telefon terbaru Samsung Galaxy S3 itu mempunyai masalah baru yang terjadi di bahagian berwarna metalik dikeliling telefon itu yang menyebabkan menampakkkan seperti rekahan-rekahan halus. Ianya berlaku di kedua bahagian tepi dan juga bawah telefon berkenaan. Pengguna berkenaan turut menafikan kecacatan itu adalah akibat telefon berkenaan terjatuh, terhempas, akibat meletakkan di poket belakang seluar atau akibat tindakan yang  disengajakan.

Walaubagaimanapun Samsung belum lagi memberikan komen terhadap masalah yang menimpa telefon Android high end  terbaru mereka ini. Kepada pengguna telefon ini di Malaysia jika anda turut mengalami masalah ini, sila beritahu kami dengan meninggalkan komen di bawah.

Menurut tinjauan kami, perkara ini terjadi juga pada model Samsung yang lain seperti Galaxy Note dan Galaxy S 2, pada pendapat kami jika anda membeli telefon Android seumpama ini dengan harga yang mahal bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lebih baik anda keluarkan sedikit belanja membeli perlindungan untuk telefon anda.

Sumber : SamMobile

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

8 Comments on "Masalah Terbaru SGS 3, Rekahan Halus?."

  1. Rimon says:

    Saya baru beli SGS3 2 minggu lepas, tapi SGS3 milik saya dah pandai re-START sendiri pulak.
    apakah punca penyebabnya?

  2. idd says:

    Kes samsung S3 yang terbakar tu agaknya Samsung mahu tutup kelemahan sendiri dan cakap pengadu tu yang silap keringkan S3 di mikrowave. Macam tak logic… kes ini apa pulak cerita Samsung

    • wansxx says:

      ape ke bangang kering guna microwave..kalu nk main nfone dlm air pilih xperia IP57 certified…tahan dari samsung..x manja..SONY IS THE BEST ANDROID PHONE..SAMSUNG JUST AT NAME

  3. sharul says:

    dah 2 bln pakai xde pe2 masalah pun S3…..

  4. zukiman says:

    S3 saya pn bermasalah stelah terjatuh hanya setinggi 2 kaki shj. Microfon tidak berfungsi krn orang di sana tidak blh mdgr percakapan saya..

  5. jals says:

    aku mengalami masalah rekahan dikedua dua tepi sgs3 dan pernah membawa ke samsung service center,tetapi masalah ini tidak tmasuk warranty..saya minta penjelasan dgn customer service tersebut berkenaan masalah ini dan dia jawab xtau sebab apa..sakit hati jg bila dia jwb xtau..

  6. chan chee fung says:

    saya baru nak sebulan pakai sgs3 tapi tiba2 pula dia tak ada gambar keluar bila saya main facebook apa masalah?

  7. sat says:

    samsung S3 saya ori SME baru pakai dalam 4 bulan..masalah shutdown sendiri…bila nak on balik tak boleh..kena buka bateri pasang balik baru ok..2-3 kali jadi dalam masa sebulan..pergi centre tempat beli s3 nih di kuantan..dan jawapannya..”abang balik dan cuba gores ngan pisau kat tempat bateri yang plate tembaga tu”….ada ke mcm tu lash jawabnya..abis kalu aku gores nanti jadi apa2 pas2 samsung void waranti terus pasal aku yang tarah…ermmm…nak wat mcm mana dah dia kabo gitu..pakai je lah..

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!