Anda mempunyai cita-cita untuk membeli Motorola RAZR MAXX yang baru memasuki Malaysia?. Berita baik untuk anda yang mempunyai niat demikian atau pemilik Motorola RAZR sedia ada. Motorola dikatakan telah memulakan pelepasan kemaskini Ice Cream Sandwich (ICS) untuk model berkenaan bermula 30 Jun. Perkara berkenaan di umumkan oleh salah seorang PR bagi syarikat telekomunikasi Verizon.
Walaupun ianya tidak secara langsung menandakan kemaskini berkenaan sudah tiba atau terdapat pada pengguna peranti berkenaan di Malaysia mahupun lain-lain negara, namun berita ini menandakan kemaskini berkenaan semakin hampir kepada semua pemiliknya di seluruh dunia.
Jika anda pengguna Motorola RAZR atau baru sahaja membeli Motorola RAZR MAXX dan telah menerima kemaskini ICS ini, apakata anda beritahu kepada kami melalui komen di bawah untuk kami umumkan pada komuniti.
Sumber : PocketDroid
[easingslider]











