Nokia N9 Di’Android’kan.

Nokia dikenali sebagai salah satu jenama terkenal satu masa dahulu dan ianya dapat bertahan sehingga 13 tahun sebagai satu jenama paling popular bagi telefon bimbit. Namun mereka tidak mahu menyertai bersama-sama dengan 84 ahli OHA (Open handset Alliances) yang lain didalam satu kumpulan yang menyokong pembangunan platform terbuka Google iaitu Android. Hasil dari sokongan inilah yang menaikkan samsung yang ketika ini menjadi pengeluar telefon pertama dunia mengambil alih carta itu dari Nokia.

Nokia sebaliknya sekarang bekerjasama dengan Microsoft menggunakan platform Windows Mobile. Selain itu ada juga telefon mereka yang menggunakan platform MeeGo. Nokia N9 merupakan antara telefon high end mereka yang menggunakan platform itu dan ianya ‘mati’ setakat itu sahaja kerana Nokia tidak lagi menyokong platform itu dan beralih ke Microsoft. Ini bermakna tiada lagi kemaskini untuk telefon model itu.

Namun dikatakan ada pembangun Android telah berjaya ‘menghidupkan’ semula telefon itu apabila mereka berjaya memasukkan Android pada telefon berkenaan. Pembangun itu telah memasukkan Android versi Jelly Bean 4.1.1 dan nampaknya telefon berkenaan berjaya dihidupkan dengan jayanya. Namun jika ianya benar perjalanannya masih panjang lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah lain. Walaubagaimanapun perkembangan ini sangat menarik dan ianya seperti memberikan peluang kedua kepada pemilik telefon berkenaan.

Sumber : UberGizmo

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!