Ouya, Konsol Permainan Video Android Dalam Pembangunan.

Anda biasa dengan konsol permainan video seperti Xbox, PS3 dan Wii?. Konsol-konsol berkenaan merupakan konsol permainan video yang biasa kita jumpa pada isi rumah terutamanya para peminat permainan video. Adakah anda tahu ada sebuah syarikat/orang yang sedang membangunkan sebuah konsol seumpama itu dan apa yang menarik ianya dikuasakan dengan sistem pengoperasian Android dan khabar angin mengatakan ianya hanya berharga serendah USD100?.

Jika ianya adalah Android maka dikatakan konsol ini boleh memuat turun permainan hanya melalui Google Play sahaja, tidak perlu lagi menggunakan kartrij, DVD dan sebagainya. Yang pasti sudah tentu anda dapat memuat turun segala permainan percuma di sana dan mainkan di konsol ini. Malah kemungkinan besar konsol ini turut dapat menjalankan aplikasi Android yang lain. Dikatakan untuk memulakan projek ini pembangun memerlukan sumbangan dari orang ramai dan apa yang menarik mereka mendapat sumbangan USD 1 juta hanya dalam masa 8 jam!. Nampaknya ramai yang menyokong mereka untuk membangunkan konsol ini. Menurut mereka konsol ini dibina untuk di hack. Ya benar, mereka memberikan pengguna kebebasan untuk pengguna membuat apa saja pada konsol mereka malah mereka dikatakan menyediakan konsol ini siap sedia di root dari kilang. Dunia Android akan lebih menarik selepas ini!. Untuk maklumat lanjut dan mengetahui perkembangan mengenai konsol ini anda boleh ke laman sesawang mereka di sini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Trackbacks for this post

  1. OUYA - Jumlah Modal Terkumpul Mencecah USD6 Juta, Umum Sokongan VEVO & Ouya Edisi Khas. - Malay Android

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!