
Gambar sekadar hiasan, diambil dari blog lain.
Selepas kejayaan ‘phablet’ pertama Samsung iaitu Samsung Galaxy Note yang membawakan kategori baru antara telefon dan tablet Android, Samsung dikatakan akan melancarkan keluarga baru dalam siri itu pada Ogos ini di acara IFA (Consumer electronics trade fair) di Berlin, Jerman.
Ura-ura kedengaran menyatakan peranti berkenaan akan menggunakan skrin bersaiz 5.5 inci dengan saiz peranti yang sama dengan Galaxy Note. Kuasa pemprosesan pula adalah dari pemproses empat teras dilengkapi dengan RAM 2GB. Kamera pula akan dipertingkatkan dari 8 Megapiksel pada Galaxy Note kepada 12 ataupun 13 Megapiksel pada Galaxy Note 2. Phablet ini dikatakan akan berada dipasaran pada September atau Oktober tahun ini.
Perkara ini belum dapat disahkan kerana Samsung belum memberikan komen rasmi mengesahkan perkara ini. Hanya sumber berita yang didapati dari sumber yang dipercayai. Walauapapun kita tunggu sehingga tiba waktu itu dan teruskan bersama kami dan kami akan laporkan jika terdapat berita baru.
Sumber : MK News









