Samsung Galaxy S Duos, Adik SGS 3 Muncul.

GSM Arena telah memaparkan spesifikasi model telefon terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy S Duos. Apa yang menarik telefon ini sekali pandang anda akan dapati ianya sama seperti Samsung Galaxy S 3. Namun apa yang membezakan adalah peranti baru ini dilengkapi skrin bersaiz 4 inci dan menyokong 2 kad sim yang sekaligus meberikan memberikan perbezaan ketara dengan model itu.

Telefon ini menggunakan pemproses Qualcomm MSM7227A Snapdragon dengan kelajuan 1GHz dan RAM 512MB. Ianya juga mempunyai kamera belakang dengan resolusi 5 Megapiksel dan kamera pendua hadapan VGA ( 0.3 megapiksel ). Mempunyai memori terbina dalam 4GB dan ianya menyokong tambahan kad memori microSD sehingga 32GB. Ianya diperantarakan dengan versi Android 4.0 ( Ice Cream Sandwich ). Telefon ini belum berada dipasaran Malaysia.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!