U Mobile mula menawarkan Samsung Galaxy S 3 bersama pakej mereka serendah RM588 bermula semalam. Anda boleh mendapatkan peranti Android terbaru dari Samsung itu dengan harga berkenaan dengan melanggan pakej ‘U Premium’ ( RM 168/Bulan ) dengan kontrak komitmen selama 24 bulan. Pakej berkenaan mengkehendaki anda membayar upfront sebanyak RM 1344 yang merupakan nilai yang akan ditolak semula pada bil anda yang akan datang. Keseluruhan bayaran yang perlu anda sediakan sewaktu mendaftar pakej ini ialah RM1932.
Selain pakej berkenaan anda juga boleh memilih untuk melanggan dengan pakej U28, U58 dan U88 dengan bulanan yang lebih rendah tetapi anda akan mendapati peranti berkenaan dengan harga berlainan dengan bayaran upfront dan bayaran sewaktu pendaftaran yang berlainan juga jika dibandingkan dengan tawaran RM588 tersebut. Untuk maklumat lanjut sila ke laman Sesawang U Mobile.










