VLC (Beta) Sekarang Di Google Play.


Anda biasa menggunakan VLC Player pada komputer anda untuk memainkan video?. Jika anda sukakan aplikasi berkenaan pada komputer anda, anda mesti ingin mencubanya pada peranti Android anda juga jika ada kan?. Berita baik kerana akhirnya aplikasi berkenaan telah berada di Google Play bermula semalam. Anda sudah boleh memuat turun dengan percuma.

VLC terkenal dengan keupayaannya memainkan pelbagai format video dan audio dan ianya terbukti pada peranti Android juga. Namun saya telah mencubanya dan membuat perbandingan dengan aplikasi pemain video lain yang sedia ada di Google Play didapati aplikasi ini perlukan sedikit lagi sentuhan bagi memberikan pengalaman yang terbaik. Secara jujur ianya sedikit lembab didalam pemprosesan video. Namun ianya dapat dimaafkan kerana aplikasi ini di peringkat BETA. Semoga pihak pembangun aplikasi membuat pembaikan lagi pada aplikasi ini. Walauapapun apa kata anda cuba sendiri aplikasi ini dan berikan pandangan anda.

Pautan untuk memuat turun dari Google Play kami sediakan dibawah. Sebelum itu sila lihat amaran yang dikeluarkan oleh pembangun aplikasi ini kepada pengguna versi BETA ini, serius?. Tidak lah! ianya hanya gimik. Jangan pula anda takut untuk memasang aplikasi ini ok?. :)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

2 Comments on "VLC (Beta) Sekarang Di Google Play."

  1. idd says:

    Baru install. hehehe tq for info

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!