Tinggal sehari lebih untuk acara ‘Samsung Mobile Unpacked 2012′ yang akan diadakan di Berlin, Jerman. Samsung menyediakan pancaran secara langsung ( Live Streaming ) untuk semua yang ingin mengikuti acara tersebut tetapi tidak berpeluang ke sana. Untuk pengetahuan pembaca, Samsung akan memperkenalkan telefon terbaru dari mereka iaitu Samsung Galaxy Note 2 pada acara tersebut disamping acara tahunan IFA yang turut diadakan di sana. Dikatakan mereka juga akan membuat pengumuman kemaskini Jelly Bean juga bagi Samsung Galaxy S3 di sana.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti acara tersebut secara langsung, kami sertakan pautan di bawah dan anda boleh periksa pautan tersebut lebih kurang pukul 1:00 pagi ( 30 Ogos 2012 ) nanti untuk mengikuti acara tersebut yang akan diadakan pada jam 7:00 malam waktu Berlin, Jerman.
Pautan secara langsung ( Sila klik ) : Samsung Tomorrow TV










