Satu lagi khabar angin yang berlegar di dunia internet ketika ini ialah dikatakan Samsung Galaxy Note 2 yang akan dilancarkan hujung bulan ini kelak menggunakan paparan skrin AMOLED fleksibel (YOUM) yang pernah Samsung tontonkan pada CES yang lepas.
Berita ini pada asalnya adalah dari sebuah artikel yang dikeluarkan oleh sebuah laman sesawang berita teknologi Korea iaitu Korea IT Times mengenai teknologi paparan dimana di dalam artikelnya ada menyebut tentang Samsung Galaxy Note 2 yang akan dilancarkan akan menggunakan skrin jenis ini. Kesahihan berita ini masih tidak lagi dipastikan kerana belum ada lagi wakil dari pihak Samsung yang memberikan komen.
Jika berita ini adalah benar, dikatakan ianya bertepatan dengan khabar angin yang menyatakan Samsung Galaxy Note 2 akan mempunyai ketebalan yang lebih nipis dari versi Galaxy Note sebelum ini dengan penggunaan skrin jenis ini kerana ianya mengurangkan ketebalan sehingga 0.4T (0.4mm) kerana penggunaan Unbreakable Plane (UBP) dan plastik substrat. Penggunaan skrin jenis ini juga kelak akan dapat meningkatkan kapasiti bateri.
Semakin hari semakin menghampiri tarikh pelancaran phablet Android Samsung ini semakin banyak khabar angin kedengaran. Adakah anda rasakan berita ini boleh dipercayai?. Tinggalkan pendapat anda pada ruangan komen di bawah.










