Gambar Android Terbaru SONY Xperia T (LT30p) Terdedah.

Berikut merupakan gambar telefon android terbaru dari SONY iaitu SONY Xperia T (LT30p). Gambar berkenaan merupakan gambar yang didedahkan oleh sebuah laman sesawang Bulgaria iaitu Nixanbal.com . Telefon Android SONY ini dikatakan akan dtontonkan kepada umum pada IFA di Berlin, Jerman pada penghujung bulan ini.

Antara spesifikasi ringkas telefon ini adalah dilengkapi dengan skrin 4.6-inci (720 x 1280) dengan butang sentuh atas skrin, pemproses dua teras 1.5GHz Snapdragon S4 (MSM8960), 1GB RAM, kamera 13MP dengan kebolehan untuk merakam video Full HD 1080p, kamera hadapan dengan resolusi 720p, memori dalaman 16GB, sokongan kad memori tambahan, keluaran  MHL, NFC dan bateri terbina dalam.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!