Beberapa keping gambar sebuah tablet HTC dikatakan terdedah di arena web baru-baru ini melalui akaun Twitter. Sebelum ini kedengaran desas-desus HTC dikatakan akan mengeluarkan sebuah tablet. Walaubagaimanapun tiada kebocoran informasi mengenai spesifikasi tablet berkenaan bersama gambar-gambar ini. Dikatakan ianya mempunyai saiz skrin 10 inci berdasarkan gambar tersebut. Rata-rata anggapan di arena web menyatakan mungkin tablet ini akan menggunakan pemproses empat teras Tegra 3+ dimana ia merupakan pemproses yang sama yang diura-urakan akan digunakan pada model HTC One X+ dan HTC One S+.
Apa pendapat anda mengenai tablet bewarna putih dan nampak nipis berdasarkan gambar berkenaan?. Menarik bukan?. HTC terkenal dengan kualiti premium yang ditampilkan pada setiap peranti mereka. Kami percaya tablet ini turut memberikan ciri-ciri premium berkenaan.
Sumber : Android And Me
















