Gambar Tablet Terbaru SONY Terdedah.

Sony dikatakan akan melancarkan sebuah tablet Android terbaru. Seorang ahli forum di XDA-Developers  memaparkan gambar yang dikatakan merupakan tablet berkenaan. Rekabentuk tablet berkenaan didapati agak menarik dengan kombinasi dua tona warna iaitu putih dan hitam. Berdasarkan salah satu gambar yang terdedah itu juga, dipercayai tablet itu juga akan menggunakan nama Xperia. Selain itu juga ianya didapati didatangkan dengan versi Android Ice Cream Sandwich . Ianya dikatakan akan dipasarkan pada bulan hadapan.

Sumber : XDA Developers Via Xperia Blog

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!