HTC Turut Lancar Phablet Mereka September/Oktober Ini?

Anda sedang tertunggu-tunggu Samsung Galaxy Note 2 yang akan dilancarkan pada 29 ogos ini berada di pasaran?. Namun mungkin anda berfikir dua kali apabila membaca berita ini. HTC dikatakan akan turut mengumumkan phablet pertama mereka pada September/Oktober ini menurut Digitimes. Phablet itu dikatakan mempunyai resolusi sebesar 1794×1080 piksel yang merupakan resolusi Full HD 1080p. Jika anda perhatikan, sebenarnya resolusi Full HD 1080p yang sebenar adalah 1920×1080, tetapi phablet ini mempunyai resolusi 1794×1080. Mengikut teori, kemungkinan besar phablet ini merupakan phablet dengan butang sentuh atas skrin tanpa butang fizikal.

Berita tentang kebarangkalian pengumuman phablet ini berpadanan dengan keputusan GLBenchmark yang terdapat di laman penanda aras itu yang memaparkan sebuat peranti HTC (HTC 6435LVW) yang diuji mempunyai skrin dengan resolusi berkenaan selain dikuasakan dengan pemproses Snapdragon S4 (MSM8960) 1.5GHz dengan GPU Adreno 320.

Nampaknya HTC akan turut serta bersaing dengan Samsung dan lain-lain di dalam dunia phablet. Jadi, apakah pilihan anda?.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!