Anda tidak dapat mengikuti acara ‘Samsung Mobile Unpacked 2012′ yang berlangsung secara langsung di Berlin, Jerman pada pukul 1:00 pagi tadi waktu Malaysia?. Jangan bimbang kerana anda boleh mengikuti rakamannya di sini melalui pautan yang disediakan oleh Samsung.
Melalui acara itu, selain memperkenalkan model terbaru model dipertingkatkan Samsung Galaxy Note 2 di dalam majlis tersebut, Samsung turut memperkenalkan kamera pertama Android mereka iaitu ‘Galaxy Camera’ yang dikuasakan dengan Android ( Jelly Bean ). Mereka juga turut mengumumkan barisan model Samsung ATIV yang menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasi. Barisan Samsung ATIV pada permulaannya diperkenalkan dengan model Samsung ATIV Smart PC dan Samsung ATIV S, sebuah telefon pintar berasakan Windows 8 juga.










