Jelly Bean Versi BETA Untuk SGS 3, SGS 2 & Galaxy Note Turut Terima JB.


Kita telah mendengar sebelum ini dikatakan Samsung telah memulakan ujian Jelly Bean untuk SGS 3. Namun tidak terdapat pula kebocoran firmware ujian tersebut kepada khalayak umum jika ianya benar dan sekaligus dapat mengesahkan berita berkenaan. Namun ianya kini menjadi kenyataan apabila ianya telah dibocorkan oleh Sammobile dan boleh didapati untuk di muatkan ke dalam telefon berkenaan. Namun firmware ini adalah versi BETA dan merupakan firmware peringkat ujian yang pertama dahulu. Kami bersependapat dengan Sammobile menasihatkan anda supaya tidak memuatkan firmware ini pada SGS 3 anda dan lebih baik anda bersabar dan menunggu sahaja sehingga hujung bulan ini iaitu pada hari yang sama pelancaran Samsung Galaxy Note 2 iaitu pada 29 Ogos kerana menurut Sammobile, ianya akan di lepaskan secara rasmi kepada pemilik model berkenaan.

Firmware dengan nombor I9300XXDLG4 itu boleh dimuat turun di laman Sammobile. Anda boleh ke laman sesawang mereka untuk mengikuti cara-cara melakukan proses pemasangan itu. Oleh kerana kami tidak menggalakkan anda melakukan proses itu, jadi kami tidak sertakan cara-caranya disini.

Menurut mereka juga, ‘orang dalam’ mereka telah mengesahkan SGS 2 & Note juga akan menerima kemaskini Jelly Bean secara rasmi nanti kerana ujian yang dilakukan pada telefon-telefon berkenaan tidak mempunyai masalah. Ini merupakan berita baik kepada pengguna-pengguna model telefon berkenaan. Dikatakan jika ianya berjalan lancar tanpa masalah, pemilik SGS 2 dan Note akan menerima kemaskini Jelly Bean pada September atau Oktober.

Berikut merupakan video dari YouTube memaparkan bagaimana SGS 3 yang telah melakukan pemasangan firmware versi BETA berkenaan bagi gambaran kepada anda tentang kemaskini berkenaan.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!