Laman sesawang soyacincau melaporkan ( via forum Low Yat ) terdapat sebuah kedai Nexus sedang dalam proses ubahsuai di bina di Plaza Low Yat. Kedai ini tidak di pastikan adakah ianya merupakan kedai rasmi dari Google ataupun tidak ataupun sekadar menggunakan nama ‘Nexus Shop’. Namun ada khabar angin mengatakan ianya akan menjual 100 unit tablet Nexus 7 pada Isnin nanti.
Diharapkan ianya benar-benar kedai Nexus. Namun ada terdengar sumber yang mengatakan ianya bukan kedai rasmi dari Google. Walauapapun jika ianya merupakan kedai yang menjual peranti-peranti Nexus, ianya berita baik untuk pengguna yang berminat mendapatkan peranti Google itu tanpa membeli melalui dalam talian.
Apakah pendapat anda?. Sila tinggalkan komen di bawah.










