Ada laporan dari sebuah forum Android antarabangsa yang menyatakan ada ahli forum yang telah menerima kemaskini ICS ( Ice Cream Sandwich ) untuk versi WiFi Galaxy Tab 10.1 bermula semalam. Walaubagaimanapun menurut ahli forum, kemaskini tersebut sudah didapati untuk tablet ahli forum di Amerika Syarikat namun bukan semua pengguna yang terus mendapatkannya. Kebarangkalian ianya dilepaskan peringkat demi peringkat atau kawasan.
Berita ini memberikan gambaran kemaskini tersebut sudah mula dilepaskan untuk versi berkenaan dan mungkin akan sampai ke pengguna tablet berkenaan di Malaysia dalam masa terdekat kelak. Kepada pengguna tablet ini, cuba anda periksa kemaskini berkenaan dan laporkan pada kami melalui ruangan komen di bawah. Anda boleh memeriksa kemaskini melalui tablet di bahagian setting ataupun melalui KIES. Ada sesetengah kes dimana anda tidak akan melihat sebarang kemaskini melalui peranti anda tetapi sebaliknya pula apabila anda memeriksa melalui KIES. Sebelum tu kami menasihatkan anda membuat sandaran ( backup ) sebelum melakukan proses kemaskini tersebut.











saya dah terima kemaskini ics tersebut mlm td lepas baca artikel ni..secara keseluruhannya sama mcm SGSIII..ada sket sangkut2 (blinking) kt tajuk lagu dlm music player beberapa minit selepas upgrade..tp lpas tu dah ok…widget music player ni otomatik ada kt homescreen lepas upgrade bersama dgn widget accuweather, video player dan AP news..camera tetap tak boleh zoom mcm SGSIII hehe.
terima kasih youthless atas komen anda. boleh saya tahu tablet tersebut set SME atau AP?. kalau boleh bagi nombor baseband version lepas upgrade ni
Jasle..saya punya tablet AP set.Yang peliknya lepas upgrade ics, baseband version number x kelihatan-ghaib! Boleh tgk screenshot yang saya share dekat google+ malayandroid.
saya masih tidak dapat update dan kalau check dekat status..dia cakap “no update available”…version p7500..hurmm..sedih jugak…
KIES tu boleh tak ajaq sat..nak guna mcam mana??saya budak baru..terima kasih admin
just connect to KIES..nanti auto detect tab tu. Lepas tu kalau ada update die bgtau..
cam mane nak recovery balik file yang telah didelete(samsung g.tab 10.1).