SamMobile merupakan pengeluar berita yang boleh dipercayai mengenai berita berkenaan telefon Samsung selain tempat rujukan bagi perisian ataupun firmware telefon Samsung juga. Dikatakan mereka mempunyai ‘orang dalam’ bagi memberikan maklumat dari Samsung. Setakat ini ramalan mereka adalah benar.
Baru-baru ini mereka telah mengeluarkan kenyataan mengenai kemaskini Jelly Bean untuk telefon-telefon utama Samsung iaitu SGS 3, SGS 2 dan Note malah Note 2 juga. Berikut merupakan berita dari mereka.
Samsung Galaxy S 3 (SGS 3) dikatakan akan menerima kemaskini Jelly Bean lebih kurang pada seawal bulan ini atau bulan September berikutan ianya telah habis diuji dan berada pada tahap perlepasan selepas ujian dan sedang menunggu syarat Google.
Untuk Samsung Galaxy S 2 (SGS 2) pula dikatakan untuk ujian utama ianya telah dijalankan dengan jayanya namun ianya masih dalam proses ujikaji lagi. Oleh kerana ianya telefon yang mendapat sambutan pengguna sehingga kini, kemungkinan besar ianya akan turut dikemaskini ke versi Android terbaru itu. Dikatakan kemaskininya akan dilepaskan seawal bulan September. Begitu juga dengan Samsung Galaxy Note yang dalam peringkat ujian.
Untuk Samsung Galaxy Note 2 pula, ianya akan diperkenalkan pada IFA Berlin dalam masa terdekat ini. Belum dapat dipastikan ianya akan menggunakan Android 4.0 ataupun Android 4.1 tetapi jika ianya menggunakan Android 4.0, kemungkinan besar ianya akan dikemaskini terus ke Android 4.1 dalam masa terdekat selepas pelancaran.
Untuk makluman semua perkara ini belum dapat pengesahan dari Samsung. Ianya hanya sekadar khabar angin.











Samsung galaxy S2 juga akan mendapat update ke jelly bean.
Samsung tidak tinggalkan pelanggan lama