Menangi RM25K Di Dalam Cabaran Pembangun Aplikasi Android Celcom 2012.

Anda mempunyai bakat dan kemahiran di dalam pembangunan aplikasi android?. Apakata anda menyahut cabaran ini. Celcom dengan kerjasama AppZil akan mengadakan satu pertandingan mencipta aplikasi android yang menawarkan hadiah menarik iaitu lawatan seminggu ke Ubi-Nuri.inc di Seoul, Korea dengan segala perbelanjaan di tanggung sebanyak RM 25,000 termasuk tiket kapal terbang pergi dan balik, penginapan dan wang poket RM1000 untuk seminggu. Program ini di sokong penuh oleh MDEC (Multimedia Development Corporation) disamping kerjasama dengan beberapa syarikat seperti iTrain.

Ubi-Nuri merupakan sebuah syarikat pengurusan aplikasi bebas pertama di Korea mempunyai lebih 6,500 aplikasi dengan bilangan 1,100 orang pembangun aplikasi di seluruh dunia.

Termasuk di dalam penyertaan ini adalah anda juga berpeluang mengikuti bengkel pembangunan android selama dua hari yang akan berlangsung pada 18 dan 19 September bagi memantapkan kemahiran anda dimana ianya merupakan bengkel di subsidi ( percuma ). Walaubagaimanapun jika anda tidak dapat mengikuti bengkel tersebut, anda masih boleh menyertai cabaran.

Perlancaran program ini akan dilakukan pada 5 September ini. Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mendaftar atau inginkan maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang Celcom LEDC. Penyertaan adalah terhad dan anda akan diberitahu jika anda berjaya dan terpilih.

 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!