OUYA, sebuah konsol permainan video Android didalam proses pembangunan yang pernah kami siarkan di dalam artikel kami sebelum ini telah berjaya mengumpul modal hasil dana orang ramai sebagai kickstarter mencecah melebihi USD 6 juta ketika ini. Sasaran mereka sebelum ini hanyalah USD950,000 sahaja. Hasil dari kejayaan itu juga , OUYA telah mengumumkan dan berjaya menjalinkan kerjasama dengan VEVO.
VEVO dikatakan akan menawarkan kualiti video premium berkualiti tinggi kepada pengguna dan memberikan anda akses sepenuhnya pada media ini di OUYA kelak. Anda dapat mengakses video popular di web, melihat carta terkini serta melayan video konsert dan sebagainya. Berikut merupakan petikan ucapan dari Michael Cerda.
Di VEVO, misi kami adalah untuk membawa pengalaman muzik berkualiti tinggi kepada pengguna di mana-mana dan bila-bila masa. Kami sentiasa berusaha untuk menerima platform baru dimana yang membuatkan para pembangun, komuniti dan pengguna teruja. OUYA adalah salah satu platform baru hiburan yang kita lihat dan kita rasa ia adalah sangat sesuai untuk video muzik premium VEVO dan program muzik asli. Ini adalah sebab mengapa saya teruja untuk memberitahu anda hari ini bahawa VEVO komited untuk bekerjasama dan dilancarkan dengan OUYA apabila ia berada di pasaran pada Mac 2013. Melalui perkongsian ini, kami akan membawakan senarai lebih 50,000 muzik video definisi tinggi dan baru, program asli dari lebih daripada 11,000 artis pada perlancaran konsol permainan video OUYA ini nanti. Kami menyokong dan berkongsi wawasan OUYA, bahawa masa depan terletak dalam sikap lebih terbuka dan kebolehan akses oleh pengguna yang mencari pengalaman hiburan yang berkualiti tinggi. Kerjasama kami dengan OUYA berasaskan usaha penat lelah kami untuk membawakan VEVO kepada setiap ruang tamu rumah dan kami akan terus menghantar siaran video muzik premium kami ke seluruh platform yang terdiri daripada VEVO.com, peralatan mudah alih dan aplikasi tablet ( Android , IOS, Windows Phone ), peralatan yang menghubungkan ke TV seperti Xbox dan rakan web seperti AOL, CBS, Facebook, Viacom Media Networks, Yahoo! Music dan YouTube.
-Michael Cerda, Naib Presiden Kanan Produk Dan Teknologi, VEVO
Di samping itu juga OUYA mengumumkan edisi terhad yang ditawarkan kepada para kickstarter yang berminat pada minggu-minggu terakhir ini. Versi edisi terhad itu menggunakan kemasan warna yang berlainan dari yang asal dan ditawarkan dengan harga USD140. Ada tak para peminat konsol permainan video ini dari Malaysia yang telah mendaftar sebagai kickstarter? . Sila tinggalkan komen anda di bawah.
Sumber : Kickstarter – OUYA










bile sampai malaysia??