Pengumuman Galaxy Note 2, 29 Ogos?.

Pihak media antarabangsa telah menerima jemputan khas dari pihak Samsung yang menjemput mereka ke acaranya di Berlin, Jerman pada 29 Ogos ini . Khabar angin menyatakan ianya kemungkinan pengumuman tentang model terbaru Samsung Galaxy Note 2.

Pada setahun yang lepas juga di IFA di Berlin ini juga dimana pengumuman tentang Samsung Galaxy Note diumumkan. Pada 15 Ogos pula mungkin terdapat acara lain yang mungkin berkaitan juga dengan siri Galaxy Note ini juga. Ada yang berpendapat tarikh tersebut ialah pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1.

Samsung Galaxy Note 2 dikhabarkan akan mempunyai skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci disamping pemproses yang sama dengan Samsung Galaxy S 3 tetapi dengan kelajuan 1.6GHz. Memori RAM pula dikhabarkan adalah 1.5GB. Walauapapun ianya belum sahih dan kita tunggu sehingga tarikh berkenaan untuk kepastian.

Sumber : SamMobile

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!