Samsung secara rasmi mengesahkan empat warna baru bagi samsung Galaxy S3. Samsung mengumumkan warna-warna baru berkenaan melalui laman blog mereka iaitu SamsungTomorrow. Empat warna baru berkenaan ialah Amber Brown, Garnet Red, Sapphire Black dan Titanium Grey. Walaubagaimanapun ketersediaan model telefon ini dengan warna-warna berkenaan bergantung kepada negara, peruncit dan syarikat telekomunikasi.
Apa pendapat anda tentang warna-warna baru ini dan apa pilihan anda?. Sila tinggalkan komen di ruangan komen di bawah.
- Amber Brown
- Garnet Red
- Sapphire Black
- Titanium Grey















