Samsung dikatakan akan melakukan acara pelancaran semula Samsung Galaxy Note 10.1 pada 15 Ogos ini melalui jemputan yang diedarkan kepada media antarabangsa. Samsung Galaxy Note 10.1 diperkenalkan pada Mobile World Congress pada Februari yang lepas.
Nampaknya Samsung tidak menunggu tarikh berkenaan untuk menonjolkan tablet berkenaan apabila mereka telah mengeluarkan video komersial tablet itu melalui laman YouTube mereka semalam. Dikatakan tablet ini mempunyai variasi WiFi sahaja, 3G/HSPA+ dan versi 4G LTE. Tablet ini dikuasakan dengan pemproses empat teras 1.4GHz dengan RAM 2GB. Tunggukan tarikh 15 haribulan ini untuk perlancaran rasmi versi global tablet ini.










