‘Inspired by nature’ merupakan slogan yang diberikan oleh Samsung bersama-sama perlancaran telefon mereka iaitu Samsung Galaxy S3. Namun ramai yang mungkin tertanya-tanya dan tidak dapat menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan ungkapan berkenaan yang didalam bahasa melayu bermaksud ‘Diilhamkan dari alam’ itu.
Bagi menjelaskan bagaimana ungkapan berkenaan diperolehi, selain memaparkan proses reka dan penciptaan telefon berkenaan, Samsung telah mengeluarkan sebuah video yang memaparkan pihak di sebalik tabir rekaan telefon berkenaan.Video berkenaan memaparkan bagaimana mereka mendapat inspirasi yang membawa kesan terhadap rekaan Samsung Galaxy S 3 dari segi rekabentuk dan perisian. Saksikan Video berkenaan di bawah.










