
Kredit gambar ePrice
Sebelum ini kita pernah diperlihatkan dengan model-model telefon Android dari jenama kereta terkenal iaitu Lambhorgini dan Ferrari yang turut sama terjun di dalam dunia Android dengan menghasilkan peranti-peranti Android, kali ini Aston Martin pula turut serta dalam perkembangan ini apabila syarikat kereta itu memperkenalkan model ‘Aspire’. Sebenarnya Aston Martin telah pernah mengeluarkan model Android sebelum ini dimana mereka bekerjasama dengan Mobiado untuk menghasilkan telefon Android seakan Nexus S dengan kualiti premium. Aspire merupakan model pertama telefon Android sepenuhnya dari Aston Martin. Jika diperhatikan, peranti-peranti dari jenama-jenama terkenal pembuat kereta ini tidak mensasarkan spesifikasi perkakasan seperti pemproses, RAM, skrin dan sebagainya dengan spesifikasi yang mengagumkan, sebaliknya mereka mensasarkan pengguna dengan kualiti premium peranti yang ditawarkan.
Telefon ini menawarkan skrin dengan saiz 3.2-inci HVGA, pemproses dengan kelajuan 800MHz sahaja, kamera belakang 5MP , kamera depan kualiti VGA, 256MB RAM dan memori 512MB. Ianya ditawarkan dengan warna ros, silver, emas, hitam dan putih. Ianya dijual dengan harga USD1290 ke USD1590 bergantung kepada warna. Buat pengetahuan anda, model warna emas memang menggunakan emas sebagai salah satu binaan badannya.
Apa pendapat anda tentang telefon ini?. Walaupun spesifikasinya tidak menarik, namun ada sesetengah pengguna yang berduit tidak memandang itu sebagai sebab. Tetapi mereka yang meletakkan kualiti premium dan kelainan menjadi sebab utama. Tepuk dada, periksa poket

Sumber : AndroidAuthority









