
ASUS Malaysia Jumaat lepas melancarkan tablet pertama mereka yang bekerjasama dengan Google iaitu Nexus 7 untuk pasaran Malaysia secara rasmi dengan harga jualan disyorkan RM999 untuk versi 16GB.
Tablet dengan kuasa pemprosesan dari pemproses empat teras NVIDIA Tegra 3 dengan kelajuan 1.3GHz dan GPU 12 teras GeForce dengan RAM 1GB itu walaubagaimanapun hadir di Malaysia dengan satu versi sahaja tanpa versi 8GB seperti yang terdapat di pasaran antarabangsa. Ketika ditanya mengapakah ianya hanya satu versi,pengarah ASUS Malaysia menyatakan ianya sesuai untuk para pengguna Malaysia. Beliau juga ditanya adakah pengguna tablet ini di Malaysia akan mendapat baucer Google Play seperti di Amerika Syarikat, beliau membalas dengan berkata ianya ditawarkan oleh Google Inc, tidak oleh Google Malaysia.
Di majlis tersebut juga kami sempat menujukan soalan kepada wakil Google Malaysia iaitu saudara Zeffri Yusof mengenai khabar angin mengenai versi 3G tablet itu namun beliau menafikan berita itu dengan menyatakan ianya hanya spekulasi.
Tablet ini boleh didapati bermula sekarang di pengedar-pengedar berdekatan anda.
Anda boleh membaca artikel ulasan penuh kami mengenai tablet ini yang telah kami keluarkan beberapa hari lepas di pautan di bawah. Untuk galeri gambar sila klik ‘sambung baca seterusnya’.






















google nexus 7 versi baru lebih murah juga bakal dilancarkan