ASUS PadFone Jelly Bean Disember Ini.


Berita baik kepada pemilik PadFone ASUS. ASUS Malaysia baru saja mengumumkan kedatangan kemaskini model itu ke versi Jelly Bean yang akan sampai ke peranti berkenaan bermula hujung Disember ini kelak. Menurut laman Facebook ASUS Malaysia, kemaskini berkenaan akan mula dilepaskan kepada pengguna di Taiwan dan seterusnya kepada seluruh dunia secara berperingkat.

PadFone merupakan telefon+tablet+komputer bimbit 3 dalam 1 yang pertama seumpamanya di dunia merupakan inovasi dari ASUS. Ianya datang dengan Android versi Ice Cream Sandwich sudah pun dijual di Malaysia dengan harga RM2399 bermula Julai yang lepas.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "ASUS PadFone Jelly Bean Disember Ini."

  1. idd says:

    Bila agaknya Transformer Pad Infinity mo update 4.1?

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!