Chameleon Launcher Untuk Tablet Sudah Memasuki Versi 1.0, Kini Di Play Store

Chameleon Launcher bermula dari projek cadangan di KickStarter, sebanyak dua kali! Kemudian selepas kejayaan kempen mereka yang kedua, mereka telah buka sebagai versi beta untuk mereka yang telah beri dana kepada mereka ketika di KickStarter dan beli terus dari website mereka.

Dan pada hari ini, mereka telah buka launcher yang cantik ini di Google Play Store berharga $10 (iaitu bersamaan RM31 duit Malaysia). Pelbagai fungsi telah ada dan secara jujurnya, ini adalah launcher paling terindah kami pernah lihat untuk peranti tablet Android. Dan pastinya akan membuatkan pengguna iPhone dan iPad menangis melihatnya.

Chameleon Launcher adalah seperti gabungan dari pelbagai widget, daripada Twitter hinggalah ke cuaca, dan dipersembahkan dalam bentuk yang sangat cantik, pastinya, launcher ini memerlukan anda untuk mempunyai akses ke internet sepanjang masa. Tapi kami tertanya, mengapa setelah tamat KickStarter harga mereka masih tidak turun? Secara jujur, harga launcher ini sebernanya agak mahal dari yang lain.

Launcher ini memerlukan versi Android 3.2 (Honeycomb) keatas untuk menjalankannya dan sebarang maklumat lanjut anda boleh lihat di laman utama mereka: http://www.chameleonlauncher.com/. Link ke Play Store adalah disini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

One Comment on "Chameleon Launcher Untuk Tablet Sudah Memasuki Versi 1.0, Kini Di Play Store"

  1. kerul says:

    Memang launcher paling cool utk Android tablet…

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!