“Couldn’t Sign In”, Pengguna Android Jelly Bean Panik Semalam.

Panik?, admin tiada lah panik sangat :) . Rata-rata pengguna Android dengan versi Jelly Bean semalam tertanya-tanya apabila tiba-tiba terdapat notifikasi ‘Couldn’t Sign In‘ ke akaun Google pada telefon Android mereka. Selepas mencuba beberapa kali untuk sign in semula nampaknya tidak berjaya. Bimbang akaun Google kami telah di hack, kami mencuba membuka akaun Gmail melalui komputer dan nampaknya tiada masalah. Baru kami sedar hanya peranti Android kami yang menghadapi masalah. Yang peliknya akaun Google Play tetap boleh diakses. Jadi kami abaikan saja notifikasi berkenaan dan akhirnya masalah selesai sendiri dan notifikasi hilang pada petangnya. Dikatakan masalah ini diakibatkan oleh Google Now. Namun kami tidak pasti lagi mengenainya.

Adakah anda turut mengalami masalah berkenaan?. Dengar-dengar ada pengikut MalayAndroid.com yang menggunakan ROM custom siap flash semula ROM mereka. Naya betul! ;)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "“Couldn’t Sign In”, Pengguna Android Jelly Bean Panik Semalam."

  1. azriMy says:

    belum upgrade ke Jelly bean lagi…

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!