Dua Aplikasi Augmented Reality (AR) Terbaru Anda Boleh Cuba Hari Ini

Adakah anda peminat filem Aliens? Atau mungkin anda bukan peminat tapi pernah menontonnya? Mungkin anda masih lagi ingat bahagian yang mengerikan dalam filem tersebut dimana anak Alien tersebut pecah keluar dari dada manusia? Ada aplikasi Augmented Reality sebernanya untuk itu.

Aplikasi ini percuma, selepas anda install aplikasi dalam peranti, anda buka imej ini untuk mencubanya. Dan untuk lebih dramatik anda ambil imej itu dan lekatkan pada mana-mana baju anda. Selamat pecah dada!

Download dari Google Play Store atau dari Appbrain melalui widget dibawah.

Seterusnya adalah sesuatu yang tidak mengerikan, tapi lebih geeky, anda kini boleh bergambar dengan peranti impian anda seperti HTC One X, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Note 2, Asus Nexus 7, LG Optimus VU, dan Nokia Lumia 920.

Ia juga percuma, selepas install anda buka imej ini untuk mencubanya.

Download dari Google Play Store atau dari Appbrain melalui widget dibawah.

Sumber foto: Flickr

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

One Comment on "Dua Aplikasi Augmented Reality (AR) Terbaru Anda Boleh Cuba Hari Ini"

  1. bestofel says:

    Sebelum ni kita dah dipertontonkan aplikasi sepertinya untuk lihat 3D Proton Preve daripada paparan iklannya. Search “Proton Preve” di Google Play Store.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!