G Malaysia Dan GDG Devfest Akan Diadakan Pada 3 Dan 4 Oktober

Google Malaysia semalam telah mengumumkan bahawa pada 3 – 4 Oktober 2012 akan berlangsung acara tahunan mereka yang ke-3 iaitu g|Malaysia di Kuala Lumpur. Antara topik yang mereka akan bawa pada acara tahun ini adalah Android, App Engine, Google Chrome platforms, Maps API, YouTube API dan Google Drive API.

Untuk Google Devfest, pendaftaran akan mula dibuka pada 14 September (Jumaat), 2012. Kepada mereka yang berminat untuk sertai sila daftarkan diri anda atau organisasi di laman web mereka berikut:

Google DevFest Kuala Lumpur 2012
g|Malaysia 2012

Jumpa disana!

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!