
Bersempena dengan kejayaan Google Play Store kerana memasuki jumlah muat turun aplikasi sebanyak 25 billion hari ini, Google menawarkan 13 aplikasi dan permainan dengan harga yang sangat murah iaitu $0.25, bersamaan dengan RM0.77, kepada semua yang menyokong Android selama ini.
Senarai aplikasi dan permainan itu adalah:
Angry Birds Space Premium
The Cat in the Hat – Dr. Seuss
OfficeSuite Pro 6 + (PDF & HD)
Granny Smith
runtastic PRO
Asphalt 7: Heat
Ocean HD
Draw Something
Clouds & Sheep Premium
Let’s Create! Pottery
Tasks
Sudoku
NFL Kicker 13
Semua senarai tersebut anda boleh lihatnya disini, atau buka sahaja Play Store anda dan lihat di muka hadapan itu.

Android Market mula dilancarkan pada 23 Oktober 2008, dan mencapai kejayaan pertama dengan jumlah muat turun sebanyak 1 billion pada 2010, sedikit demi sedikit ianya mencapai jumlah muat turun sebanyak 10 billion pada Disember 2011, sehinggalah pada hari ini ianya menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 25 billion muat turun dan semakin menaik setiap hari dengan jumlah aplikasi dan permainan sebanyak 675,000.
Kami di Malay Android sentiasa mahukan industri Android semakin berkembang maju setiap masa, dan ingin mengucapkan tahniah kepada Google atas kejayaan ini. Dan jangan lupa, sokonglah para pengaturcara, kerana merekalah yang menjadikan peranti Android anda menjadi menarik dan berguna.
Sumber: Android Official Blog









